Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin.
Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya.
Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia.
Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.
Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan
Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne
mengubah persepsinya terhadap lelaki.
Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu
di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu.
Semuanya berlaku tanpa dirancang.
Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri,
bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.
Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu,
dia diburu rindu.
Dalam duka, dia mengharapkan bahagia.
Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal,
sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?
p/s: Suke novel ni. Dalam perjalanan untuk membaca.
Karya Meen Zulaikha ♥


2 comments:
nk bli lah???
weyh miza, novel tu alaf 21 ke???
huhu...beli jgn ta beli.. keluaran terbaru ar tuh azie..
yurp alf 21..wee i like!
Post a Comment