Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label ♥santai♥. Show all posts
Showing posts with label ♥santai♥. Show all posts

Monday, July 11, 2011

♥Matluthfi VideoS♥

Hai semua! ♥
Aku nak kongsi-kongsi lah dengan semua kawan-kawan aku
mengenai video-video yang di hasilkan oleh sorang mamat neh.
Matluthfi nama dia. Serius! Semua video-video yang dia buat
sangat mencuit hati aku disamping dia menyampaikan
mesej-mesej yang berguna kepada setiap penonton-penontonya.
Mesti semua dah kenai kan sapa Matluthfi neh.
Kalau macam tuh, aku tinggalkan kat hampa semua
video-video tersebut ya! Selamat menonton! 





p/s: Ni di antara video-video dia yg
syok layan la. Sapa yang
tension-tension dan jiwa kacau
disarankan menonton video beliau. OK!
Kalau nak tengok lebih 
banyak video matluthfi neh, 
tekan pada link bawah ni ya! =)

Sunday, January 16, 2011

Novel Pilihan♥Rindu di Awan Biru♥



Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. 
Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. 
Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. 
Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan 
Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne 
mengubah persepsinya terhadap lelaki.
 Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu 
di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. 
Semuanya berlaku tanpa dirancang. 
Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, 
bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, 
dia diburu rindu. 
Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. 
Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal, 
sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

p/s: Suke novel ni. Dalam perjalanan untuk membaca.
Karya Meen Zulaikha ♥

Sunday, December 5, 2010

~Novel Pilihan~ Adam & Hawa



SINOPSIS:
Kisah mengenai dua orang insan iaitu Ain Hawani dan Adam Mukhriz.
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja.
Hanya kerana setiap perhitungan, timbul prasangaka buruk,
menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat.
Rayuannya tidak dipedulikan.
Lelaki itu pula hanya diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja.
Ain yang kecewa pergi jauh mencari harga diri.
Adam yang ditinggalkan menghitung hari-hari nan sepi.
Setiap saat rindunya terus melimpah.
Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya.
Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan
di depan pintu Masjidilharam.
Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama.
Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus.

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbola-balik.
Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar
dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah dalam hati ada cinta?
Tapi keegoannya cuba menidakkan.
Ingin diluah, mulut tak terkata.
Nak disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Keluaran Alaf 21
Kalau nak tahu cerita selanjutnya, beli lah di 'bookshop' berhampiran.
Layan~~~~ <3