Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, January 5, 2011

♥Sekolah Ku♥ Bahagian II

Salam dan hai kawan-kawan.
Bertemu kembali di bahagian II mengenai sekolah ku yang tercinta.
hehehe...
Tempoh hari aku dah ceritakan mengenai zaman
sekolah rendah aku kan.
Sekarang pula berkenaan dengan
sekolah apa yang aku duduki untuk meneruskan
sesi persekolahan menengah ku k!


Ini lah sekolah aku semasa aku berada di tingkatan 1 
sehinggalah di tingkatan 3,
yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23,
Subang Jaya.
Sepanjang aku bersekolah di sini banyak sangat kenangan yang
tak dapat aku lupakan.
Aku memegang jawatan sebagai pengawas di sekolah ni.
Berat juga tanggungjawabnya.
Selain itu, aku juga berdepan dengan cinta monyet ku.
hehehe...
Sangat lucu! Aku rasa kan sebab aku tak serius dalam pelajaran
lah aku tak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Tetapi aku dapat berkawan dengan semua kawan-kawan yang baik.
Rindu juga semuanya!
Selepas tamat tingkatan 3, aku dan keluarga berpindah pula
ke Kedah Darul Aman, tempat lahir ayah ku.
Di sini bermula lah sesi persekolahan baru ku di sekolah baru.


Apabila aku berpindah ke kedah, ini lah sekolah aku.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri, Kuala Ketil.
Dekat sahaja dengan rumah ku.
500 km perjalanan dari rumah ku untuk ke sekolah.
Tiap-tiap pagi kena jalan kaki, balik pun jalan kaki juga.
Tapi panas lah. Lepas tu ayah beli basikal.
Tak selalu pun guna basikal sebab nak kena kunci lah 
dan banyak kerja. So 'better' jalan kaki je.
Cepat, tuntas dan pantas. hehehe...
Masa tingkatan 4 aku memutuskan untuk menduduki kelas aliran
sastera yang mempunyai subjek elektif seperti Prinsip Perakaunan,
Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan.
Sampai lah aku tingkatan 5.
Suka sangat belajar kat sini sebab aku betul-betul memberikan
sepenuh perhatian ku pada pelajaran.
Buktinya, SPM berjaya dengan cemerlang! Syukur Alhamdulillah =)
4 Wira dan 5 Wira 'the best!' 



p/s: Semua dah belajar jauh-jauh sekarang ni.
Rindunya! Yati, Kakcik, Bihah... uwaa! cek rindu kat hampa semua! ='(

2 comments:

Cik Aien said...

banyak pindah2 sekolah nie.. hehe
sama mcm aien :) tp best ramai kawan seluruh negeri haha

Hamiza Ridzwan said...

hehe.. ha! tau ta pe ain..
tapi susah juga nak sesuikan diri pada mula2nya.
lme2 baru okies! hehe =)