Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, January 4, 2011

♥Sekolah Ku♥ Bahagian I

Salam dan hai kawan-kawan.
'Entry' kali ni aku nak kongsi dengan kalian semua 
mengenai sekolah yang telah aku belajar dari aku darjah 1 hingga lah tingkatan 5.
Sekarang kan dah bermula sesi persekolahan bagi tahun 2011.
Alangkah aku dapat bersekolah lagi.
Seronok rasanya zaman persekolahan ni.
hehehe...

Masa darjah 1 aku bersekolah di Perlis.
Tinggal bersama maktok dan tokwan ku di sebelah ibu.
Kalau tak silap aku nama sekolah tersebut ialah
Sekolah Kebangsaan Yayasan Agama Perlis.
Kalau tak silap lah. Ni maklumat daripada ibuku.
Yang aku ingat sekolah tu di huni oleh semua pelajar perempuan.
Sesi persekolahan bermula pada 7.00 am dan 
tamat sesi persekolah pada jam 4.00 pm.
Kiranya aku perlu menunaikan solat di sekolah 
dan segala aktiviti padat pada setiap hari.
Makan pula akan diberikan pada waktu pagi, tengah hari dan petang.
Makan semua 'best-best' belaka.
Pada sesi pagi hingga tengah hari aku mengikuti sesi pembelajaran biasa dan
petang pula aku mengikuti sesi pembelajaran Fardhu Ain.
Seronok juga sekolah di sini. Tapi yang pasti aku sering dibuli dengan 
seorang budak ni.
Nama dia pun aku tak ingat. Tak suka! hahaha...

Kemudian apabila aku darjah 2, ibu dan ayah
memutuskan supaya aku bersekolah di sekolah lain pula.
Tapi masih tinggal bersama maktok dan tokwan ku.
Kali ini aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Sanglang.
Suasana lain sikit sebab bercampur dengan lelaki dan perempuan.
Aku suka sekolah di sini sebab apabila tiba musim peperiksaan,
aku selalu dapat keputusan yang baik.
Peperiksaan akhir tahun aku dapat menduduki tempat kedua dalam kelas.
Wah! Caya lah! ♥

Bila aku darjah 3 pula, ibu dan ayah membawa aku tinggal bersama mereka
iaitu di Kuala Lumpur. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.
Aku menetap di Pandan Indah, Ampang selama hampir 3 tahun.
Banyak juga kenangan di sini.
Pada sesi petang pula aku dihantar ke pengajian KAFA di 
Masjid AR-RAHIMAH, Kampung Pandan.
Perjalanan ku pergi dan balik aku menaiki van kepunyaan pakcik Rahim.
Betul-betul rindu zaman persekolahan.
Tapi aku disini tak lama, 
aku hanya sempat bersekolah di sini sehingga aku darjah 4 sahaja.
Sedih meninggalkan rakan-rakan. Tapi syukur sangat-sangat sebab sekarang
dah jumpa mereke semua di Facebook.

Apabila aku darjah 5 sehinggalah aku darjah 6,
aku bersekolah pula di Sekolah Kebangsaan USJ  20, Subang Jaya.
Kami sekeluarga menetap di sini kerana ayah pada masa itu bekerja di Subang Jaya.
Banyak juga kenangan di sini.
Rakan-rakan dan cikgu-cikgu semua baik-baik belaka.
5 Pintar dan 6 Pintar 'the best!' 


Ha! Ini baru sekolah rendah. Sekolah menengah pula nanti
akan aku ceritakan juga ya!
Aku sangat merindui zaman persekolahan ku.
Jumpa di bahagian II k. tata~

p/s: Penat juga menaip sambil menonton sinetron kegemaran.
Bukan Diriku ♥

4 comments:

Cik Aien said...

saya ex-classmate SKPI anda hehehe!

Hamiza Ridzwan said...

wee~~~ ya! btol tuh... maseh terengat pada mata bolat anda dahulu.. he2. jum kembali ke sekolah! =)

Cik Aien said...

tapi mate bulat saya xboleh lawan rambut anda yg cute tu :) COMEL!

Hamiza Ridzwan said...

haha! sampai skrg rambut saya begitu tao! haha...
saya COMEL, anda CUTE! weehee~~~ ♥