SINOPSIS:
Kisah mengenai dua orang insan iaitu Ain Hawani dan Adam Mukhriz.
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja.
Hanya kerana setiap perhitungan, timbul prasangaka buruk,
menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat.
Rayuannya tidak dipedulikan.
Lelaki itu pula hanya diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja.
Ain yang kecewa pergi jauh mencari harga diri.
Adam yang ditinggalkan menghitung hari-hari nan sepi.
Setiap saat rindunya terus melimpah.
Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya.
Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan
di depan pintu Masjidilharam.
Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama.
Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus.
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbola-balik.
Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar
dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah dalam hati ada cinta?
Tapi keegoannya cuba menidakkan.
Ingin diluah, mulut tak terkata.
Nak disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Keluaran Alaf 21
Kalau nak tahu cerita selanjutnya, beli lah di 'bookshop' berhampiran.
Layan~~~~ <3


2 comments:
weyh aku da bce!!!
best gle!!!
tau ta pe .ak ktgln zman cket..hehe..
skrg bwu leyh bce..hehe i like!!!
Post a Comment