Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 30, 2011

Umrah dan Ziarah 12/3-24/3/2011

Assalamualaikum dan hai semua rakan-rakan ku yang
aku kasihi. Lama rasanya tak 'update' blog aku neh kan.
Sebenarnya kan kawan-kawan semua aku baru pulang daripada
menunaikan umrah ku yang pertama bersama-sama keluarga ku yang tercinta.
Tak dapat aku bayangkan yang aku telah pun sampai ke Rumah Allah yang
begitu indah dan tenang sekali.
Mula-mula penerbangan ku dan keluarga ku adalah di KLIA.
Kami menaiki penerbangan Emirates yang transitnya adalah
di Dubai dan seterusnya di Dubai penerbangan terus sampai ke Jeddah.
Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai setelah hampir 2 hari
perjalanan.


Di KLIA


Dubai International Airport


Transit di Dubai International Airport


Ibu dan Ayah di KLIA


Adek dan Kakngah di KLIA

Setelah sampai aku bersyukur sangat kerana dapat menunaikan 
umrah sebaik-baiknya.
Alhamdulillah, aku dapat melakukan dua kali umrah di sana.
Miqat pertama aku memulakan niat ihram ku adalah
di Masjid Bir Ali. Seterusnya bermula lah perjalanan ku dan
rombongan yang lain ke Kota Makkah setelah 3 hari
menetap di Madinah.
Di Madinah Alhamdulillah. Hotel penginapan ku dan rombongan ku
sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Setiap kali masuk sembahyang waktu,
semua para jemaah berpusu-pusu hendak menunaikan solat di sana.
Di Madinah, kami di bawa menziarah ke Masjid Quba', 
Kebun Kurma, Perkuburan Syuhada dan lain-lain lagi.


Masjid Quba'- Sesiapa yang mengerjakan solat di dalamnya
akan menerima pahala seperti menunaikan satu kali
umrah. MasyaAllah =)


Kebun kurma Abdul Aziz


Aku, adek dan Kak Didi menikmati teh
yang disediakan di kebun kurma tersebut.


Beginilah rupa pokok kurma. Seakan-akan pokok
kelapa sawit kan! =)

Setelah 3 hari berada di Madinah, kami semua berangkat pula untuk ke
Kota Makkah. Perjalanan ke kota Makkah dari Madinah mengambil
masa hampir-hampir 6 jam.
Kami melakukan solat Maghrib dan Isya' dengan niat
Jamak Ta'khir di Masjidil Haram.
Ya Allah, betapa berdebarnya aku kerana dapat melihat
Kaabah buat pertama kalinya. Syukur Alhamdulillah
kerana aku sampai juga di Tanah Suci Mu Ya Allah.
Segenap itu, aku memanjatkan doa apabila aku melihat
Kaabah pertama kalinya.
Kerana ayah ku telah berpesan pohon dan berdoalah apa jua pun
apabila kamu melihat Kaabah buat pertama kali.
Mudah-mudahan Allah mendengar doaku.
AMIN...


Setelah itu bermula lah umrah ku yang pertama. 
Apabila berada dalam keadaan ihram,
kita kena sentiasa mencegah daripada melakukan 
larangan-larangan yang boleh
menyebabkan kita dikenakan dam dan membayar fidyah.
Alhamdulillah umrah pertama ku selesai sudah apabila aku
dapat melakukan tawaf keliling Kaabah tujuh kali
dan sa'ie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 
sebanyak tujuh kali juga.
Sungguh jauh Siti Hajar berulang-alik dari Bukit Safa ke 
Bukit Marwah kan.
Dapat aku rasakan setelah aku melakukan sa'ie.
Di Kota Makkah juga tempat penginapan ku sangat 
dekat dengan Masjidil Haram.
Kira-kira 15 minit berjalan kaki ke masjid.
Begitu juga umrah ku yang kedua. 
Rombongan kami pergi ke Miqat yang
terdekat untuk berniat ihram iaitu di Tanaim.
Dan Miqat ketiga yang aku pergi iala di Ja'ranah.
Tapi aku tak menunaikan umrah kerana tak berapa sihat.
Di Kota Makkah sempat juga aku dan rombongan di bawa berziarah ke
tempat-tempat bersejarah.

  Suasana di dalam Masjidil Haram


Indah sungguh Masjidil Haram

  Di Jabal Rumah dan Perkuburan Syuhada.
Bukit yang tinggi tu ialah Bukit Uhud.


Unta di Jabal Rahmah. Pertama kali tengok unta.
dan dapat naik unta juga.


Sempat berdoa di sini. Jabal Rahmah ialah
tempat di mana Adam dan Hawa dipertemukan. 

Setelah 8 hari berada di kota Makkah, rombongan kami
akan bertolak pulang ke Tanah air.
Rasa sekejap je berada di sana dan keberatan untuk meninggalkan
Tanah Haram ni. Sebelum pulang semua jemaah
perlu melakukan Tawaf Wida' tanda selamat tinggal.
Tetapi aku tak dapat melakukan tawaf tersebut disebabkan
keadaan yang tak mengizinkan. Sedih sangat-sangat.
Untuk pengetahuan rakan-rakan penduduk Arab kebanyakannya
fasih berbahasa Melayu. Dan komunikasi antara mereka untuk
jual beli barang tidak akan menjadi masalah.
Selain itu di sana, penduduknya banyak menggunakan kereta
yang mewah-mewah disebabkan oleh penjualan kereta
di sana sangat murah dan harga minyak hanya 30 sen seliter.
Seronok je kehidupan di sana kan.

Setelah itu kami semua bertolak ke Jeddah. Sesampainya kami di Jeddah kami singgah di
Qornish Shopping Centre untuk membeli belah sebentar.
Kemudian semua jemaah dibawa pula ke Laut Merah yang disitu
terletaknya Masjid Terapung untuk menunaikan solat Zohor
dan kemudian makan tengah hari yang disediakan oleh
Ustaz Fakhri.

  
Qornish Shopping Centre


Di tepi Laut Merah


Masjid Terapung- Jeddah


Ustaz Faizal-Mutawwir

  
Di Jeddah Airport


Santapan sebelum penerbangan =)

p/s: Alhamdulillah juga selamat
sampai ke Malaysia. Rasa gembira sangat dapat
menjejakkan kaki di sana. Mudah-mudahan ada
lah rezeki lagi untuk aku ke sana dan kawan-kawan juga
ya! Rindu ku pada Kota Makkah dan Madinah akan
sentiasa tersemat di hati =). Harap anda semua menikmati
tatapan gambar yang telah aku sediakan k.

No comments: